Showing posts with label Kepala Hotak Bertanya. Show all posts
Showing posts with label Kepala Hotak Bertanya. Show all posts

Monday, May 11, 2009

Originaliti dan fake

Originaliti dan fake itu merupakan dua perkara yang amat berbeza. Ironinya, kedua selalu disalah tafsirkan. Apa yang ori dan apa yang fake? Aku pasti tak boleh bagi definisi nya kerana aku ni bukan bertahap sufi. Kalau kao berminat nak tahu, rajinlah cari sendiri.

Yang aku faham ianya boleh diambil kira sebagai satu konsep memuji nilai estetika sesuatu seni. Contohnya karya seni itu mempunyai originaliti. Maka ia di'regard'kan sebagai unik dan mungkin indah. Seni pun merangkumi pelbagai. Definisi seni adalah tanpa had. Balik kepada originaliti, jujur aku mengaku aku kekurangan originaliti. Kerana aku dipengaruhi segala macam pemikiran-pemikiran daripada luar. Baik ideologi apa pun yang aku dengar, baca dan alami, pasti akan mempengaruhi. Justure, banyak daripada penulisan2 aku telah dipengaruhi. Berampur aduk. Tidak original.
Mungkin unik tetapi tidak akan original.

Original dan unik itu juga sesuatu yang berbeza. Unik boleh diperolehi daripada proses adaptasi sesuatu yang original. Karya Mona Lisa yang original itu boleh dimasukkan unsur2 lain oleh pelukis baru dan menjadikannya unik secara tersendiri tapi tak mungkin original.

Dalam musik pun banyak terdapat unsur2 original yang lari daripada paksi. Mungkin original namun sebenarnya pengaruhnya banyak. Bunyi2 yang diambil banyak. Bagi aku itu tidak original tapi mungkin unik. Dan unik selalunya mendatangkan kesan kepada diri aku.

Jika kao tahu apa itu originaliti yang ada sekarang ni, boleh beritahu aku? Supaya aku boleh memberi penghakiman aku sendiri.