Sunday, July 5, 2009

Analisis Politik Amatur

Setakat ini aku sudah banyak membaca hasil tulisan orang-orang yang dah kira lama dalam penulisan politik ini. Dalam banyak-banyak baca, banyak juga pemikiran sendiri hasil daripada interpretasi sendiri yang aku dapat. Aku tulis di sini. Malas nak cemarkan blog utama aku dengan politik. tak boleh. Kalau tulis review belah berat ke UMNO nanti kena pangkah dengan geng pembangkang. Sebaliknya pun sama. Tak pasal maki-makian akan menghuni. Aku tak mahu itu. Kerana aku tahu rata-rata orang kita masih ramai yang rendah akal. Tak pandai berhujah menggunakan akal untuk 'amaze' kan orang. Sebaliknya mereka ibarat lagi banyak cakap, lagi ramai orang tahu mulut kau tu berbau. Faham pengibaratan aku ni?

Ok. Mula-mula yang paling penting aku dengar-dengar gosip-gosip professional yang mengatakan kaum Cina tegar (tegar dan bukannya semua) mahu mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada tampuk Melayu. usaha DAP adalah untuk memecahbelahkan Melayu dan nanti mereka akan join dengan MCA untuk ambilalih pemerintahan dalam PRU akan datang. Ini bukan aku kata! ini orang kata. Aku tak nak dengar orang komen nanti 'kau ni buat berita bukan-bukan'. Ini bukan berita daripada aku tapi daripada apa yang aku dengar dan baca.

Pendapat aku, perkara ni tak mustahil. Siapa tak nak kuasa? Mereka ni pun tak terkecuali. Kalau betul, orang melayu kena laju-laju bangun tidur dan siap-siap gosok gigi untuk hadap benda ni. Sama-sama bersatu lah pokok pangkalnya.

Aku kata sekarang benda dah semakin mengarut. Yang claim otai belah sini dok keluar hujah-hujah yang tak ada 'reference'. sekadar pendapat saja. lepas tu mesti ada ramai penyokong bahagian lemah akal beri komentar berbentuk kata-kata yang kalau mak kau dengar, mesti kena cili punya. Sampai kebas bibir. yang claim otai belah sana pun sama. Lepas tu berbalah-balah. Dia maki dia, dia maki mak dia, dia maki ayah dia, dia kena maki. Semua maki. Bagus, memang nilai ni pun yang penat-penat diajar oleh sekolah dan keluarga kau dulu kan? Apakata kau salahkan kerajaan lagi sebab hasil daripada pendidikan formal selama wajib 11 tahun itu dapat lahirkan rakyat yang laju maki-memaki. Salah sistem pendidikan setting kerajaan lagi ke? atau salah kau yang tak mahu mahu belajar tatasusila. Kau pergilah baring tengah jalan lagi buat demonstrasi tanpa arah tujuan.

Aku sebenarnya tak organise point-point aku. Tulis ja apa yang teringat. Cuma apa aku rasa paling menyayat hati bukan kerana sedih tapi kerana tercengang tengok pakcik2 yang claim lagi banyak asam garam daripada aku baring tengah jalan halang kenderaan. Pakcik tak sedarkah pakcik tu jadi alat mainan gunaan pemimpin-pemimpin berdasarkan niat politikal semata-mata. Huh. Tak patriotik langsung! Tambah lagi yang kes bakar bendera. Budak remaja pakai helmet. Hadui. Mungkin dia warganegara thailand. Itu dia tak faham nilai bendera yang dia bakar. Aku rasa tindakan itu kurang berakal. Sekadar buat kita kena gelak di paper-paper antarabangsa sahaja. Tindakan yang mungkin mengundang opportunis luar untuk masuk campur tangan.

Kalau kes 'negarakuku' hasil dendangan seorang anak muda yang seangkatan dengan apa tu yang bawa H1N1 tu. punca tu. Kalau kes negarakuku kau marah ramai-ramai. Apa beza kes bakar bendera dengan kes negarakuku itu? Mungkin kau halalkan pembakar itu sebab bertepatan dengan motif politikal kau? Sampah betul perjuangan politik kau kalau begitu caranya.

Memang bagus betul agenda buat kacau setiap hari menghalang proses hari-hari akibat demonstrasi tanpa arah tuju. Memang bagus.

Dah habis sebab mula lapar.

-reveriemalaya-

1 comment:

  1. yeah....skrg segelintir cina yg lupa ttng kontrak sosial hanya cucuk jarum dan lihat melayu bertelagah...

    ReplyDelete