Originaliti dan fake itu merupakan dua perkara yang amat berbeza. Ironinya, kedua selalu disalah tafsirkan. Apa yang ori dan apa yang fake? Aku pasti tak boleh bagi definisi nya kerana aku ni bukan bertahap sufi. Kalau kao berminat nak tahu, rajinlah cari sendiri.
Yang aku faham ianya boleh diambil kira sebagai satu konsep memuji nilai estetika sesuatu seni. Contohnya karya seni itu mempunyai originaliti. Maka ia di'regard'kan sebagai unik dan mungkin indah. Seni pun merangkumi pelbagai. Definisi seni adalah tanpa had. Balik kepada originaliti, jujur aku mengaku aku kekurangan originaliti. Kerana aku dipengaruhi segala macam pemikiran-pemikiran daripada luar. Baik ideologi apa pun yang aku dengar, baca dan alami, pasti akan mempengaruhi. Justure, banyak daripada penulisan2 aku telah dipengaruhi. Berampur aduk. Tidak original.
Mungkin unik tetapi tidak akan original.
Original dan unik itu juga sesuatu yang berbeza. Unik boleh diperolehi daripada proses adaptasi sesuatu yang original. Karya Mona Lisa yang original itu boleh dimasukkan unsur2 lain oleh pelukis baru dan menjadikannya unik secara tersendiri tapi tak mungkin original.
Dalam musik pun banyak terdapat unsur2 original yang lari daripada paksi. Mungkin original namun sebenarnya pengaruhnya banyak. Bunyi2 yang diambil banyak. Bagi aku itu tidak original tapi mungkin unik. Dan unik selalunya mendatangkan kesan kepada diri aku.
Jika kao tahu apa itu originaliti yang ada sekarang ni, boleh beritahu aku? Supaya aku boleh memberi penghakiman aku sendiri.
adakah persoalan kao ini bersangkut paut dengan kreativiti dan innovasi?
ReplyDeletekreativiti ialah sesuatu yang dicipta, tapi innovasi ialah sesuatu kemahiran yang boleh menggubah sesuatu menjadi yang lebih baik. ia adalah dua perkara yang berbeza seperti kata kamu, originaliti dan benda yang unik.
to have originality, you need the ability to create. to create things, you need to be creative. however, things created do not necessarily good, therefore they need to be innovated, thus become what you said, unique and improved.
apapun, apa benda yang original skrg ni, haruslah dipatentkan segera.. ape pun benda nya, aku pun tarak tau. hehe
buat valsa nine:
ReplyDeleteTahniah orang pertama komen blog serius ni! Esok jumpa claim kuih bahulu masak lemak dengan aku. ha ha.
Betul ada kaitan sikit2 dengan apa yang dikatakan tu. Point aku ialah sebenarnya susah nak dapat originaliti sekarang ni. Even kadang2 pemikiran yang lahir pun tak original mana kerana dipengaruhi oleh ideologi2 lain.
aku tak baca abes. baca baris pertama, then perenggan last.
ReplyDeleteoriginal=mahal.
buat Luna:
ReplyDeleteBetul mahal. Cuma kabur je bagi aku.
originality ialah cara penggayaan atau pengendalian atau karya yang ditiru tanpa disedari oleh orang lain bahawa itu adalah peniruaan.
ReplyDeletesebab tiada yang betul-betul original.
aku rasa la.