maka Orang Melayu: Alang2 dah dengki, biar sampai ke liang lahad didendam.
Pepatah Melayu: Biar putih tulang, jangan putih mata.
maka Orang Melayu: Tak kisahlah aku cacat sebab gaduh kerana awek yang baru kenal 5-6 bulan, janji aku tak bacul.
Pepatah Melayu: Berani kerana benar, takut kerana salah.
maka Orang Melayu: Berani kerana ramai, takut bila Abang Long tak dapat tolong.
Pepatah Melayu: Kail panjang sejengkal, jangan lautan dalam hendak diduga.
maka Orang Melayu: Dah naik 'kapal', kira kail aku tu panjang dan besar la.
Pepatah Melayu: Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
maka Orang Melayu: Dengar tender masuk, belum mula projek, sofa di rumah, down payment Camry baru, tiket melancong ke Disneyland Paris siap di beli secara kredit.
Habis.
hahaha....betul tu...
ReplyDeletepaling best part abang long tu....
ramai2 pukul sorang, cuba 1 lwn 1...kecut perut
bro ben: bro sudi bertandang sini lagi ye. terima kasih. hehe. itulah konsep muafakat yang disalah ertikan. Melahirkan ramai 'jebat-jebat'.
ReplyDeletehahahha.....
ReplyDeleteagak relevan
hans: haha. memang betul pun. berdasarkan sketsa realiti.
ReplyDelete