Friday, June 12, 2009

Syafaat?

Kehidupan manusia.

Seorang gadis yang menemui seorang lelaki. Gadis menyerahkan segalanya kerana cinta. Difikirannya(Biasalah jika ternoda. Bukan aktiviti lumrah ke sekarang ini?) Tanpa disangka, awan putih mulus itu bertukar menjadi awan berat dan hitam yang menakutkan dengan petir serta guruh.

Terlalu biasa, segala yang dirancang. Terlalu biasa berlaku. Padahal apa yang tercatit adalah gadis yang baik untuk lelaki yang baik. Tidakkah kau-kau percaya kepada karma?

Tapi apa nak dikisahkan. memang agenda yahudi untuk menyongsangkan umat Islam. Syafaat? apa itu syafaat? Ramai antara kau yang tidak tahu. Lupa. Syafaat? Apa itu syafaat? Apa jadi sekiranya tiada lagi syafaat untuk kau. Hukum-hukum dan garis-garis batas itu sudah kau langkaui. Namun kau berkata, bukankah sudah menjadi trend sekarang ini, untuk bermain dengan kemaluan belakang wanita? Adapun kau tidak tahu. Disitulah letaknya batasan syafaat Rasulullah. Kerana kau pekak dan jelik. Kau tidak menurut garis panduan Quran dan hadis. Tapi kau lebih suka ikut kata-kata selebriti di movie-movie blockbuster.

Cerita ini bukan untuk publisiti meluas mahupun untuk keuntungan. Ia adalah untuk menyedarkan kau dan kau sekalian. Dimana letaknya value kita sebagai umat Islam. Dan value itulah yang akan menetapkan kita.

*Bersyukur aku kerana masih belum menerima istidraj.

6 comments:

  1. kenapa topik yang tiba-tiba ini?

    hm. trend sesat ini, suffocate imej Islam.

    Siapa mahu kembali ke agama yang rata-rata penganutnya sedemikian rupa?

    *kesal*

    ReplyDelete
  2. *kesal kenapa?

    Topik ini memang dah lama terngiang2 pun.

    ReplyDelete
  3. kerana nama saja Islam, tapi langsung tak Islam.

    Ada jugak yang pakai kopiah, pakai tudung labuh, tapi perasan bagus, keji2 orang, mengumpat, mengadu domba.
    Adakah anda lebih Islam berbanding orang yang tidak bertudung/tudung biasa/tidak berkopiah?

    nuff said.

    ReplyDelete
  4. Bila manusia bertuhankan nafsu..
    Lupa segala halangan dan perintah yang sepatutnya kita patuhi.

    Manusia sesungguhnya makhluk yang paling angkuh.
    Syaitan sekurang2nya telah beribadat selama beratus2 tahun sebelum ia ingkar dan enggan sujud pd Allah.(tapi tetap...mengingkari Allah itu salah...)
    Tp kita manusia? 5 kali sehari pun sudah liat....bongkak pula dgn segala nikmat yg telah diberi..
    Melampau sungguh...
    (Peringatan utk dr sndr juga)

    Amar makruf nahi mungkar...
    Ini semua harus bermula dr umah..
    Kamu percaya tak..
    Kalo sye katakan jika sesuatu kwsn itu dihuni dgn golongan yg lbh byk melakukan dosa berbanding drpd mereka yg melakukan kebaikkan maka kwsn itu akan dilanda musibah atau bala...

    Jadi..
    Tanggungjawab amar makruf nahi mungkar harus bermula dr rumah...
    Jika golongan dlm umah lbh byk melakukan dosa maka 1 family itu akn ditimp musibah..

    Dari sini lah seharusnya bermula segala jenis pendidikan,
    Yg seterusnya memberi impak pd komuniti scr keseluruhan...

    Dengan asas yg kukuh...
    Apa jua influence pst kter dpt tempuh kan?

    Saya percaya lelaki yg baik utk perempuan yg baik..
    Dan jika itu tidak terjadi maka anggaplah ia sebagai ujian.. (^_^)

    p/s : Sori...terlampau byk yg ingin dikatakan.. Mungkin teroff topic... ;p

    ReplyDelete
  5. jadi baik buruk seseorang insan itu tidak terletak pada luarannya..

    salam :)

    ReplyDelete
  6. buat Luna:
    Haa. Itu sangat saya setuju! Agak ramai manusia macam ni disekeliling saya. Tak pe, layan kan je.

    buat PbW:
    Baiklah, ustazah. =)

    buat basuh baju:
    Iye. memang tepat. salam.

    ReplyDelete